ICOHOP 2025 fokus pendidikan, keusahawanan dan teknologi asnaf
2025-09-01
HaiPress
Foto RTM
KANGAR,1 September – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Peluang Holistik Untuk Pemerkasaan Kemiskinan (ICOHOP) pada 26 dan 27 September ini di Hotel Mercure Medan Angkasa,Indonesia.
Persidangan yang dianjurkan dengan kerjasama Universitas Deztron,Universitas Ubudiyah dan Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi Wilayah 1 Sumatera Utara itu bakal menjadi platform strategik untuk merangka pendekatan bersepadu bagi memperkasa golongan asnaf melalui pendidikan,keusahawanan,teknologi,sains kesihatan dan pembangunan komuniti.
Pengerusi Eksekutif FCoEE,Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin,berkata persidangan itu menghimpunkan penyelidik,pendidik dan profesional industri dari beberapa negara untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran,selain merangka inisiatif baharu dalam membasmi kemiskinan.
Antara pembentang kertas kerja termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs,Mohd Nazim Mohd Noor; Profesor Madya Dr Mohd Akram Datuk Dahaman dari Universiti Utara Malaysia; Profesor Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya dari Thailand; dan Dr Md Sabur Khan dari Bangladesh.
Persidangan berkenaan akan dirasmikan oleh Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,bersama Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil,pada 26 September.
Bersempena dengan persidangan itu,baginda berdua turut dijadual menghadiri beberapa acara sampingan termasuk Kunjungan Hormat dan Majlis Santuni ke Universitas Deztron,Program Pendidikan Pelancongan,Kayuhan Santai Menyantuni Anak-Anak Yatim,serta Majlis Penganugerahan dan Perjanjian Kerjasama.