Tujuh tahun tempoh peroleh semula dana RM145 bilion pengeluaran khas KWSP ketika COVID-19

2025-09-08 HaiPress

KWSP fokus bina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan - Gambar Fail

KUALA LUMPUR,8 September - Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM145 bilion yang dikeluarkan menerusi pelbagai skim pengeluaran khas semasa pandemik COVID-19 dijangka mengambil tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun untuk dipulihkan sepenuhnya.

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,KWSP sedang berusaha membina semula simpanan pencarum dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan struktur sedia ada bagi memastikan ahli menikmati pendapatan persaraan yang mampan.

Menurut beliau,kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang inisiatif baharu memandangkan struktur akaun KWSP telah dirombak semula.

"Antara cadangan rombakan adalah memperkenalkan selain daripada pengeluaran berkala ialah untuk pencarum baharu kita berganjak kepada sistem pengeluaran secara berkala atau seperti 'pension',tiap-tiap bulan dibenarkan dan sebahagian dibenarkan juga dikeluarkan semasa bersara.

"Jadi duit yang ada dalam KWSP akan bertahan lagi dan 'compounding effect' nya akan lebih lagi tapi skim ini masih dalam penelitian dan akan diluluskan mungkin beberapa tahun lagi," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai tempoh serta usaha kerajaan untuk memulihkan semula simpanan yang dikeluarkan lebih 8.2 juta pencarum pada 2022 ekoran COVID-19.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap