MOTAC sasar pelaksanaan GPP STRA hujung tahun ini

2025-09-08 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,8 September - Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan pelaksanaan Garis Panduan Perancangan STRA (GPP STRA) yang dibangunkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia pada akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata,GPP STRA akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum dibawa kepada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).

"Garis Panduan Perancangan STRA yang dibangunkan KPKT melalui PLANMalaysia akan dibentang kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum dibawa ke Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).

"Setelah diluluskan ia akan digunapakai oleh Kerajaan Negeri dan PBT bagi menyelaras pelaksanaan STRA secara lebih tersusun dan mampan,pelaksanaannya disasarkan pada akhir tahun ini," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Mohd Hatta Md Ramli berhubung penangguhan peluncuran Garis Panduan 'Short Term Rental Accommodation' (STRA) oleh MOTAC dan perancangan memastikan dasar STRA yang jelas menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Menurut Khairul Firdaus,MOTAC telah menyelesaikan proses awal kajian semula terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),yang dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada penghujung tahun ini atau awal 2026.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap