SARA catat jualan lebih RM107 juta pada hari keenam
2025-09-08
HaiPress
Foto hiasan/Arkib BERNAMA.
KUALA LUMPUR,6 September - Pelaksanaan hari keenam Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah nilai jualan mencecah RM107.1 juta,melibatkan lebih 1.7 juta penerima setakat semalam.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan,kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99 peratus.
Ini susulan hasil usaha penambahbaikan serta peluasan kapasiti sistem yang dilaksanakan sepanjang lima hari lalu.
Sejak mula dilaksanakan pada 31 Ogos 2025,lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan.
Jumlah perbelanjaan yang direkodkan sepanjang enam hari pelaksanaan kini mencapai RM536.9 juta di seluruh negara.