Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan penurunan kadar AS

2025-09-11 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,11 September- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Khamis,sejajar dengan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi dicatatkan lemah.

Pada 8.00 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.2085/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2220 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS merosot kepada 2.6 peratus pada Ogos,berada di bawah unjuran pasaran sebanyak 3.3 peratus,mengukuhkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan.

Beliau berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan malam ini,merupakan satu lagi data penting menjelang keputusan dasar Fed.

"Anggaran konsensus menunjukkan IHP naik kepada 2.9 peratus pada Ogos daripada 2.7 peratus. Sehubungan itu,dolar-ringgit dijangka berada antara RM4.20 dan RM4.22 hari ini berikutan peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan," katanya kepada Bernama.

Ringgit mengukuh kepada 2.8555/8703 berbanding yen daripada 2.8614/8639 semasa ditutup pada Rabu,naik kepada 5.6949/7240 berbanding pound daripada 5.7127/7174 dan meningkat kepada 4.9244/9495 berbanding euro daripada 4.9416/9457.

Ia turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN apabila naik kepada 3.2820/2993 berbanding dolar Singapura daripada 3.2883/2912 dan meningkat kepada 13.2447/3199 berbanding baht daripada 13.2699/2872.

Mata wang tempatan berubah sedikit kepada 255.5/256.9 berbanding rupiah daripada 256.1/256.4 dan naik kepada 7.37/7.41 berbanding peso daripada 7.38/7.39 sebelum ini. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap