Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

2025-09-11 HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,11 September -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.60 bilion daripada RM14.18 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM18.39 bilion daripada RM19.78 bilion sebelumnya.

Bank pusat menjalankan tiga tender repo berbalik,dua tender repo berbalik Islam dan satu tender repo berbalik semalaman pada awal hari ini.

Ia turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM24.8 bilion kepada RM27.6 bilion.

BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM27.60 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM18.40 bilion,kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 10 Sept 2025. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap