Israel biadab, Malaysia kutuk serangan di Doha

2025-09-16 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim

DOHA,15 September - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel terhadap Doha,Qatar yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ia tindakan biadab terhadap negara yang berdaulat dan provokasi yang membahayakan keselamatan serantau.

"Ini satu tindakan sabotaj terhadap usaha perdamaian yang digerakkan Qatar bawah kepimpinan Emir,Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

"Serangan itu pastinya serangan terancang yang tidak ada negara yang terselamat daripada keganasan Zionis Israel," kata Perdana Menteri ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Tergempar negara Arab dan Islam di sini.

Datuk Seri Anwar turut menzahirkan kebimbangan terhadap kekejaman Israel yang semakin meluas hingga pengeboman dibuat ke atas Lubnan,Syria,Yaman,Iraq dan Iran.

"Perbuatan zalim itu menggambarkan sikap biadab Israel yang menghina asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,"

"Israel terus meningkatkan keganasan tanpa dihukum,” tegasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap