Belanjawan 2026 cerminan kematangan kerajaan urus ekonomi
2025-10-15
HaiPress
GAMBAR HIASAN/RTM
KUALA LUMPUR,14 Oktober -Belanjawan 2026 disifatkan sebagai belanjawan matang yang menyeimbangkanantara kawalan fiskal dan rangsangan ekonomi negara,menurut pakar ekonomi,Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai.
Beliau berkata,kerajaan menunjukkan keupayaan mengurus ekonomi secara berhemah apabila berjaya mengurangkan perbelanjaan kepada RM319 bilion berbanding RM423 bilion tahun sebelumnya,sambil mengekalkan sasaran defisit fiskal pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
“Walaupun jumlah belanjawan berkurangan,kerajaan secara kreatif mendelegasikan pelaburan strategik melebihi RM50 bilion kepada GLC dan GLIC bagi menjana keuntungan jangka panjang serta memberi kesan pengganda kepada ekonomi,” katanya kepada RTM.
Tambahnya,Belanjawan 2026 berteraskan tiga prinsip utama iaitu memacu industri strategik,meningkatkan subsidi rakyat hampir RM20 bilion,dan menyeimbangkan kepentingan modal serta guna tenaga.
Beliau menambah,antara inisiatif baharu dalam Belanjawan kali ini termasuk pengenalan undang-undang baharu bagi melindungi pengguna yang membeli barangan bernilai tinggi dari luar negara.
Selain itu,kerajaan turut memperkukuh sokongan kepada industri kecil dan sederhana (IKS) melalui pelbagai skim pembiayaan,di samping menambah elaun doktor,penjawat awam dan pesara.
Secara keseluruhan,Dr. Barjoyai menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai satu belanjawan seimbang yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan disiplin fiskal negara.