Meta didakwa peroleh bilion dolar iklan penipuan dan barangan haram

2025-11-07 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,7 November - Meta,syarikat induk kepada Facebook,Instagram dan WhatsApp dilaporkan memperoleh sehingga 10 peratus daripada jumlah hasil tahunan,kira-kira AS$16 bilion (RM76 bilion).

Menurut dokumen dalaman,ia merupakan hasil daripada pengiklanan yang berkaitan dengan penipuan dan barangan haram.

Dokumen yang belum pernah didedahkan sebelum ini menunjukkan,selama sekurang-kurangnya tiga tahun,gergasi media sosial itu gagal mengesan serta menghentikan lambakan iklan yang menipu pengguna di seluruh dunia.

Iklan-iklan tersebut termasuk skim pelaburan palsu,kasino dalam talian haram dan penjualan produk perubatan yang di larang.

Dalam pada itu,satu dokumen bertarikh Disember 2024 mendedahkan,pengguna platform Meta terdedah kepada sekitar 15 bilion iklan "berisiko tinggi" setiap hari,iklan yang menunjukkan tanda-tanda jelas sebagai penipuan.

Manakala,dokumen lain menyatakan,Meta menjana kira-kira AS$7 bilion setahun daripada kategori iklan penipuan tersebut.

Lebih mengejutkan,sistem dalaman Meta hanya akan menyekat pengiklan jika algoritma mereka mengesan 95 peratus kepastian bahawa pengiklan itu menipu.

Jika keyakinan sistem lebih rendah tetapi masih mencurigakan,Meta mengenakan kadar iklan yang lebih tinggi sebagai bentuk "denda" sekali gus tetap memperoleh keuntungan.

Satu pembentangan pada Mei 2025 menganggarkan,platform Meta terlibat dalam sepertiga daripada keseluruhan kes penipuan berjaya di Amerika Syarikat.

Lebih membimbangkan,laporan dalaman lain mendapati penipu lebih mudah menjalankan iklan penipuan di platform Meta berbanding Google.

Pendedahan tersebut muncul ketika pengawal selia di seluruh dunia semakin mendesak Meta untuk memperketatkan langkah melindungi pengguna daripada penipuan dalam talian.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap