Warga emas ditemukan maut di atas lori tangki simen

2025-11-21 HaiPress

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING,21 November - Seorang lelaki berusia 73 tahun ditemukan maut di atas sebuah lori tangki yang membawa muatan simen di Batu Kawa awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.10 pagi dan mengerahkan sebuah jentera FRT serta unit EMRS dengan kekuatan 10 anggota ke lokasi kejadian,kira-kira 9 kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi pada pukul 6.20 pagi,pasukan mendapati mangsa,Chin Choo Kiong,berada di atas lori tangki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pemeriksaan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala," menurut kenyataan tersebut.

Operasi menurunkan mangsa dari atas lori dilakukan dengan bantuan sebuah forklift sebelum jasad diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap