Amalkan penggunaan tenaga dan air secara cekap dan berhemat sepanjang Aidilfitri
2026-03-20
HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,20 Mac – Orang ramai disaran mengamalkan penggunaan tenaga dan air secara cekap dan berhemat sepanjang musim perayaan Aidilfitri,susulan peningkatan penggunaan kedua-dua sumber itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Dalam masa sama,Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memastikan operator bekalan air berada dalam keadaan siap siaga termasuk menyediakan pelan kontingensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim perayaan,” katanya.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui SPAN turut menyasarkan penggunaan air per kapita harian pada kadar maksimum 160 liter,sejajar dengan sasaran antarabangsa.
Selain itu,orang ramai turut diingatkan supaya memastikan aspek keselamatan elektrik di rumah berada pada tahap optimum termasuk memeriksa pendawaian dan menguji Peranti Arus Baki (PAB) secara berkala.
Langkah penjimatan dan penggunaan berhemah ini bukan sahaja menjamin keselamatan sepanjang perayaan,malah menyokong usaha kelestarian sumber tenaga dan air negara.
