10 rakyat Malaysia terlibat flotila dipintas tentera Israel
2026-04-30
HaiPress

Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby ketika sidang media khas mengenai perkembangan terkini Misi Global Sumud Flotilla 2026./foto BERNAMA
BANGI,30 April – Seramai 10 rakyat Malaysia dikenal pasti antara individu yang ditahan dan terputus hubungan selepas beberapa kapal flotila kemanusiaan ke Gaza dipintas serta diceroboh tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan sama,Sekretariat Sumud Nusantara Command Center (SNCC) menyeru rakyat Malaysia agar terus mendoakan keselamatan semua delegasi misi serta mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi yang disediakan.
Setakat ini,tiada pengesahan lanjut mengenai keadaan terkini semua yang terlibat,dan usaha mendapatkan maklumat sedang giat dijalankan.
