Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4 hingga 5% pada 2026
2026-05-15
HaiPress

Gabenor Bank Negara MalaysiA (BNM),Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour
KUALA LUMPUR,15 Mei -Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2026 dijangka masih kekal berada dalam julat antara empat hingga lima peratus tahun ini,meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global yang berterusan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mengulas mengenai momentum pertumbuhan bulanan,katanya,prestasi ekonomi masa hadapan akan bergantung kepada keadaan pasaran semasa,termasuk tempoh cabaran global serta kesannya terhadap struktur ekonomi industri,pembangunan sistem dan infrastruktur baharu.
Jelas beliau,ekonomi negara juga akan terus menunjukkan prestasi yang stabil disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan serta aliran masuk pelaburan baharu yang terus memberi sokongan kepada pertumbuhan.
Katanya,kadar pengangguran yang kekal rendah pada paras 2.9 peratus serta pertumbuhan upah yang berterusan telah menstabilkan ekonomi negara,sekali gus terus merancakkan penggunaan domestik.
Pada masa sama,aliran masuk pelaburan serta prestasi sektor eksport,khususnya industri elektrik dan elektronik (E&E),terus memberi sokongan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
