MyDigital ID berpotensi jadi ‘senjata’ kekang jenayah penipuan dalam talian
2026-06-10
HaiPress

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa menyampaikan ucapan pada Majlis Penghargaan Wira Bank #JanganKenaScam 2026 di Menara KEN Taman Tun Dr Ismail / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Jun – Penggunaan MyDigital ID secara menyeluruh berpotensi menjadi antara mekanisme paling berkesan dalam mengekang jenayah penipuan di negara ini menerusi pengesahan identiti yang lebih selamat dan sukar dipalsukan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mengulas kebimbangan mengenai kebocoran maklumat pelanggan,beliau berkata,MyDigital ID dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang diyakini mampu mengurangkan risiko pemalsuan identiti.
“Kita tengok ciri keselamatan yang ada dalam MyDigital ID mampu mencegah penipuan kerana ia tidak mudah ditiru atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kita juga telah mengadakan libat urus dengan pihak berkaitan dan kini usaha diteruskan bagi memastikan penggunaan MyDigital ID dapat diperluaskan dalam urusan perbankan,” katanya.
Sementara itu,Pengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan Membanteras Penipuan,Syed Ahmad Taufik Albar berkata integrasi MyDigital ID dengan sistem Kenali Pelanggan Anda (KYC) institusi perbankan berpotensi memperkukuh lagi usaha membanteras jenayah penipuan.
Bagaimanapun,beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank berkata,belum ada garis masa khusus ditetapkan bagi pelaksanaan penuh integrasi tersebut memandangkan setiap bank mempunyai perancangan dan pendekatan tersendiri dalam mengadaptasi teknologi berkenaan.
Terdahulu,seramai 68 pegawai bank menerima penghargaan atas kejayaan mengesan dan menggagalkan cubaan penipuan yang secara keseluruhannya berjaya menyelamatkan dana pelanggan berjumlah RM139 juta sepanjang tahun lalu.
