Kebakaran besar hutan : Ratusan penduduk selatan Perancis dipindahkan

2026-07-02 HaiPress

Foto REUTERS

[b]OUPIA,2 Julai[/b][b] [/b]– Kebakaran hutan berskala besar dilaporkan merentasi wilayah selatan Perancis pada Rabu,sekali gus memaksa puluhan penduduk dipindahkan segera oleh pihak berkuasa.

RINGKASAN BERITA AI

“Kebakaran berjaya disekat di beberapa bahagian,namun situasi keseluruhan masih belum dapat dikawal sepenuhnya,” katanya.

Operasi memadam kebakaran berdepan cabaran getir berikutan bentuk muka bumi yang berbukit-bukit dan ketiadaan laluan akses darat untuk jentera bomba.

Bagi mengatasi kekangan tersebut,beberapa pesawat pemadam api terpaksa digerakkan untuk melakukan pengeboman air dari udara.

Suhu sekitar 30 darjah celsius yang bertembung dengan tiupan angin kencang mempercepatkan lagi rantaian rebakan api merentasi kawasan belukar yang sangat kering.

Susulan itu,sekitar 200 penduduk telah dipindahkan atau diarah berkurung di dalam rumah di Pouzols Minervois dan Mailhac demi keselamatan mereka.

“Asap terlalu tebal hingga anggota bomba mengarahkan kami untuk segera meninggalkan kediaman,” kata seorang salah seorang warga emas yang dipindahka.

Dalam perkembangan sama,anggota bomba tempatan melaporkan dua lagi kebakaran kecil turut dikesan berlaku berhampiran Marseille iaitu di kawasan Rognac dan Lancon Provence.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap