Pilihan raya parlimen Algeria hambar
2026-07-03
HaiPress

Seorang wanita menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas mengundi di sebuah pusat pengundian di Algiers – Foto AFP
ALGIERS,3 Julai– Pilihan raya parlimen Algeria berlangsung hambar apabila jumlah keluar mengundi dijangka mencatat paras terendah dalam sejarah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagaimanapun,rakaman disiarkan televisyen nasional menunjukkan orang ramai beratur untuk mengundi di beberapa kawasan lain termasuk di wilayah El Aricha di barat laut negara itu.
Lembaga pilihan raya mengumumkan peratusan keluar mengundi tidak rasmi sebanyak 20 peratus. Jika disahkan,angka itu akan menjadi yang terendah dalam sejarah berbanding 23 peratus pada pilihan raya 2021.
“Angka ini masih belum rasmi dan sudah pasti akan berubah,” kata pemangku Pengerusi Pihak Berkuasa Pilihan Raya Bebas Kebangsaan (ANIE),Karim Khelfane.
Stesen televisyen kerajaan melaporkan kadar keluar mengundi di seluruh negara mencecah 11 peratus menjelang petang,manakala hampir 10 peratus dalam kalangan pengundi berdaftar di luar negara. – AFP
