Gempa Taiwan: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia – METMalaysia
2026-07-03
HaiPress

METMalaysia
KUALA LUMPUR,3 Julai- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 melanda timur laut Taiwan pada tengah hari tadi,namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi tersebut dikesan pada pukul 12.04 tengah hari waktu tempatan dengan pusat gempa pada koordinat 26.0 darjah Utara dan 125.9 darjah Timur.
“Gempa berlaku di timur laut Taiwan pada kedalaman 10 kilometer (km),kira-kira 182 km barat dari Naha,Jepun,” menurut kenyataan METMalaysia.
METMalaysia turut memaklumkan pemantauan berterusan sedang dijalankan bagi mengesan sebarang perkembangan lanjut berkaitan aktiviti seismik di rantau berkenaan.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
