Dasar luar bebas pacu pelaburan, kurangkan kebergantungan kuasa besar

2026-07-03 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada sesi Meja Bulat Asia Pasifik Ke-39 semalam,menegaskan dasar luar Malaysia akan terus kekal bersifat bebas,tegas,proaktif dan tidak memihak./ PMO

KUALA LUMPUR,3 Julai – Dasar luar bebas yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar memperkukuh kedudukan diplomatik Malaysia,malah menjadi faktor penting dalam menarik pelaburan asing,mempelbagaikan rakan ekonomi serta mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana kuasa besar.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata,kepelbagaian hubungan perdagangan dan pelaburan turut mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada satu-satu kuasa besar,sekali gus meningkatkan daya tahan ekonomi negara ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik.

Mengulas strategi diplomatik negara,beliau berkata Malaysia mengamalkan pendekatan ‘hedging’ atau strategi lindung nilai dengan memperkukuh hubungan bersama semua kuasa utama tanpa memberikan komitmen eksklusif kepada mana-mana pihak.

Menurutnya,strategi itu dilaksanakan melalui kepelbagaian rakan perdagangan,pelaburan dan teknologi,selain memperkukuh penglibatan dalam platform pelbagai hala seperti ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Beliau berkata,pendekatan pragmatik dan fleksibel itu membolehkan Malaysia mengekalkan kredibiliti sebagai negara yang mengamalkan dasar luar bebas,sekali gus memperkukuh kestabilan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap