72,000 peserta FELCRA bakal terima agihan keuntungan interim pertama berjumlah RM126.9 juta

2026-07-06 HaiPress

Foto BERNAMA

MARAN,6 Julai –Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta.

RINGKASAN BERITA AI

“Pihak FELCRA berharap agihan keuntungan ini dapat membantu meningkatkan kesejahteraan peserta. Ramai anak peserta kini dapat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi,jadi dengan adanya keuntungan ini bolehlah mereka gunakan untuk tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Mohamed Ismi berkata peningkatan hasil pengeluaran serta penurunan kos operasi berbanding tahun lepas merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan agihan keuntungan tersebut.

Beliau berkata purata harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tempoh Januari hingga April tahun ini mencatatkan RM4,367 satu tan berbanding RM4,600 satu tan dalam tempoh sama tahun lepas.

“Walaupun harga MSM menurun,keuntungan masih meningkat berikutan kos operasi berjaya dikurangkan sebanyak 12 peratus. Selain itu,jumlah projek yang menerima agihan keuntungan turut meningkat kepada 747 projek berbanding 684 projek pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata agihan Interim 1 meliputi keuntungan bagi tempoh Januari hingga April dan pembayaran dibuat mulai bulan ini,manakala agihan Interim 2 yang meliputi tempoh Mei hingga Ogos dijadualkan dibayar pada November selepas proses penutupan akaun pada September.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap