Lapan negara kecam Israel tolak pelan tamatkan perang Gaza
2026-08-17
HaiPress

Penduduk Gaza bergantung kepada bantuan makanan bagi memenuhi keperluan berikutan serangan tentera zionis terus berlarutan./ REUTERS
ISTANBUL,17 Ogos – Lapan negara mengecam keputusan Israel menolak pelan hala tuju bagi melengkapkan pelaksanaan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump,untuk menamatkan konflik di Gaza,dengan menyifatkan tindakan itu menjejaskan usaha mencapai keamanan berkekalan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menteri-menteri berkenaan berkata pelan hala tuju yang diterima kumpulan Palestin itu terhasil daripada usaha berterusan pihak pengantara termasuk Mesir,Qatar,Türkiye dan AS,bersama Wakil Tinggi Gaza serta Lembaga Keamanan.
Pelan itu dilihat sebagai langkah penting ke arah pelucutan senjata,pengunduran tentera Israel,penempatan Pasukan Penstabilan Antarabangsa,pemindahan kuasa pentadbiran kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza serta usaha pembinaan semula wilayah berkenaan.
Mereka memberi amaran bahawa penolakan pelan itu merupakan keengganan jelas untuk meneruskan pelaksanaan rancangan Trump dan boleh menggagalkan usaha AS menamatkan perang serta mewujudkan keadaan bagi keamanan berkekalan.
Lapan negara itu turut menegaskan pentingnya penglibatan AS yang berterusan dan aktif bagi memastikan Israel mematuhi sepenuhnya komitmen serta aturan yang dipersetujui di bawah rancangan dan pelan hala tuju berkenaan.
Mereka berkata Israel akan memikul “tanggungjawab langsung dan penuh” terhadap sebarang kesan akibat penolakan,halangan,kelewatan atau ketidakpatuhan berterusan,termasuk kemerosotan keadaan di lapangan atau gangguan terhadap usaha menamatkan perang di Gaza.
Kenyataan itu turut menggesa pelaksanaan penuh dan segera rancangan berkenaan bagi menangani keadaan kemanusiaan di Gaza,menjamin keselamatan dan kestabilan serta membuka laluan kepada pembinaan semula dan pemulihan.
Menteri-menteri tersebut menegaskan sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mendirikan negara,selain menolak sebarang usaha untuk menghalang penubuhan negara Palestin melalui tindakan unilateral.
Mereka berkata keamanan yang adil,berkekalan dan menyeluruh hanya boleh dicapai melalui pelaksanaan penyelesaian dua negara,termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan 1967,dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Mereka turut menekankan kepentingan peranan berterusan Lembaga Keamanan dan menggesa semua pihak menyokong usaha melaksanakan pelan hala tuju serta memajukan fasa kedua rancangan Trump.
Mereka menggesa lembaga itu,dengan sokongan dan penglibatan aktif AS,mengambil “langkah segera dan konkrit” dalam bidang kuasanya bagi memastikan pelan tersebut terus dilaksanakan dan menghalang mana-mana pihak daripada menggagalkan pelaksanaannya. – BERNAMA-ANADOLU
