Vietnam pergiat usaha sedia hadapi 6G seiring perluasan rangkaian 5G

2026-08-17 HaiPress

Kesibukan di bandaraya Hanoi./ AFP

HANOI,17 Ogos – Vietnam mempergiat persiapan bagi perkhidmatan 6G dalam usaha memendekkan tempoh penyelidikan,penguasaan dan pengkomersialan teknologi telekomunikasi generasi baharu itu,dengan memanfaatkan pengalaman membangunkan 4G dan 5G,lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

RINGKASAN BERITA AI

Menjelang awal 2026,Vietnam telah membangunkan lebih 40,000 stesen pangkalan 5G yang meliputi 90 peratus penduduk negara itu.

Daripada jumlah berkenaan,kira-kira 250 stesen menggunakan peralatan yang direka bentuk,dihasilkan dan dibangunkan oleh syarikat tempatan.

Vietnam menyasarkan untuk meningkatkan lagi jumlah stesen pangkalan yang menggunakan peralatan buatan tempatan,selain memperluas bahagian produk dan teknologi infrastruktur telekomunikasi yang diselidik serta dibangunkan dalam negara.

Sebelum ini,kumpulan telekomunikasi dan teknologi kendalian tentera,Viettel,menjadi rakan kongsi pertama di dunia menyertai Program Akses Awal 6G Qualcomm Technologies.

Menerusi program itu,kedua-dua pihak menyasarkan untuk menjalankan panggilan 6G pra-komersial pertama pada awal 2029 menggunakan sistem dan peralatan yang dibangunkan serta dihasilkan oleh Viettel.

Di bawah pelan pembangunan infrastruktur digitalnya,Vietnam menyasarkan 100 peratus penduduk mempunyai akses kepada rangkaian gentian optik berkelajuan sekurang-kurangnya 1Gbps menjelang 2030.

Negara itu turut menyasarkan liputan 5G kepada 99 peratus penduduk serta bersedia menjalankan ujian rangkaian 6G. – BERNAMA-VNS/VNA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap