Lapan tan pakaian terpakai ringankan beban Orang Asli di Gua Musang

2026-08-17 HaiPress

Penduduk memilih pakaian terpakai yang telah diasingkan mengikut saiz / Foto FB Mohd Syahbuddin Hashim

GUA MUSANG,17 Ogos – Sebanyak lapan tan pakaian terpakai diagihkan kepada penduduk Orang Asli di lapan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas,di sini.

RINGKASAN BERITA AI

Pakaian terpakai itu dikumpulkan di Pusat Khidmat ADUN Galas dan Persatuan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM) sebelum dipilih mengikut saiz dan diagihkan kepada penduduk setempat.

Penduduk Kampung Ladoi,Anor Aznan berkata,bantuan berkenaan amat dihargai kerana memberi peluang kepada keluarganya mendapatkan pakaian untuk kegunaan harian.

“Kita bangga sangat YB datang sini. Baju untuk saya dan anak. Anak ada 13 orang,semua ada baju. Terima kasih YB bawa baju sukan. Lain kali kita nak macam ini juga,” katanya.

Seorang lagi penduduk,Nora Ahmad berkata,program itu memberi kegembiraan kepada penduduk kerana mereka berdepan kesukaran mendapatkan pakaian,khususnya untuk keluarga.

“Perasaan gembira dan terharu. Sebelum ini NGO ada buat program macam ini,tetapi sekarang sudah tiada. Kalau kita hendak keluar beli baju memang susah,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap