BNM jangka kekalkan OPR pada tiga peratus

2024-11-05 HaiPress

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus menjelang semakan akhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC),tahun ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,5 November – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus menjelang semakan akhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC),tahun ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penilaian kadar faedah itu adalah berdasarkan keadaan ekonomi domestik dan unjuran kadar inflasi,di samping mempertimbangkan faktor luaran seperti perkembangan semasa di Amerika Syarikat (AS).

"Saya kira pada mesyuarat akan datang,keputusan OPR dijangka akan dikekalkan. Jika kita lihat unjuran inflasi yang dibuat oleh kerajaan bagi tahun depan sekitar 2-3 peratus,ini jelas menunjukkan bahawa risiko inflasi di Malaysia masih lagi tinggi. Keadaan ini akan menuntut pihak berkenaan untuk sentiasa berjaga-jaga dalam mentadbir dasar monetari," katanya.

Dalam pada itu,Afzanizam berkata pelabur dijangka mengambil pendekatan berhati-hati minggu ini sambil menantikan keputusan pilihan raya dan dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED).

Pengumuman data gaji bukan perladangan AS yang lebih rendah daripada dijangkakan juga berkemungkinan mendorong FED melonggarkan dasarnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap