Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

2024-11-15 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para pemain Industri sempena lawatan rasmi empat hari beliau ke Mesir / Foto Bernama

KUALA LUMPUR,14 November – Lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir berjaya membuka potensi eksport bernilai RM4.8 bilion.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi Universiti Malaya (UM),Dr. Elya Nabila Abdul Bahri berkata inisiatif itu merupakan langkah positif kerajaan dalam merancakkan eksport negara.

"Kalau kita lihat,pertumbuhan eksport sebelum ini lebih perlahan berbanding import. Maka,lonjakan eksport ini penting untuk mengekalkan lebihan dagangan dalam keadaan surplus.

"Lawatan ini dijangka memberi kesan positif kepada negara dengan meningkatkan lebihan dagangan," katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi Universiti Malaya (UM),Dr. Elya Nabila Abdul Bahri / Foto RTM
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan potensi eksport tersebut diraih menerusi Mesyuarat Meja Bulat anjuran MITI.Mesyuarat itu dihadiri sekitar 60 pemimpin industri termasuk Menteri MITI,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,serta perniagaan dari 47 syarikat dan persatuan perniagaan di Mesir.Potensi eksport berkenaan merangkumi sektor-sektor bernilai tinggi seperti automotif,kimia,oleokimia dan tenaga boleh baharu.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap