Visi Bandar CHASE dibawa ke pentas dunia

2025-05-07 IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan ke pentas dunia.

KUALA LUMPUR,7 Mei - Visi Bandar CHASE yang menjadi tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan,dibawa ke pentas antarabangsa.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran di Facebook.

Bandar CHASE merupakan inisiatif Dr Zaliha ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar yang bersih,sihat,maju,selamat dan mesra alam.

Beliau yang kini berada di Itali bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia melalui Davos Baukultur Alliance serta Dialog Inovasi Strategik di Milan.

Selain mengadakan lawatan ke beberapa lokasi ikonik termasuk Bosco Verticale dan Navigli District.

Datuk Seri Dr Zaliha seterusnya dijadual menghadiri 19th International Venice Biennale di Venice.

Termasuk menjadi panel dalam Collective Baukultur Public Panel serta menyampaikan ucapan pembukaan.

Beliau turut dijangka bertemu Kaunselor Persekutuan Switzerland,Baume-Schneider.

Ia bagi membincangkan isu dimensi sosial,perubahan iklim dan pemeliharaan warisan budaya dalam pembangunan bandar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap