KUSKOP sasar jumlah jualan produk tempatan cecah RM1 juta

2025-05-09 HaiPress

Datuk Ewon diberikan penerangan semasa tinjauan reruai yang dibuka sepanjang PMR SABAH 2025. Foto Bernama

TAWAU,9 Mei - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan jumlah jualan produk usahawan tempatan mencecah 1 juta ringgit sepanjang penganjuran Program Madani Rakyat (PMR) sehingga 11 Mei ini.

Pihaknya turut menjangkakan 1.5 juta padanan niaga yang bakal memberi manfaat kepada peniaga.

Menterinya,Datuk Ewon Benedict berkata,lebih 100-ribu pengunjung hadir memeriahkan program yang menyaksikan penyertaan 158 usahawan tempatan di bawah inisiatif Jualan MADANI.

Beliau terdahulu membuat tinjauan reruai yang dibuka sepanjang PMR SABAH 2025 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada Khamis.

Program RMR SABAH 2025 menampilkan 36 reruai kementerian dan agensi,204 perkhidmatan secara langsung,serta pelbagai slot libat urus dan pameran aset.

Usaha itu membuktikan komitmen kerajaan dalam merancakkan ekonomi rakyat serta memperkukuh jaringan usahawan tempatan melalui platform berskala besar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap