Beberapa daerah di Kelantan, Kedah dan Perak rekod suhu tahap 1
2025-06-03
IDOPRESS
Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR,3 Jun- Enam daerah di beberapa negeri di semenanjung merekodkan suhu panas tahap 1 kategori berjaga-jaga dengan suhu maksimum pada 35 hingga 37 darjah Celcius.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan antara negeri terlibat ialah Kelantan (Machang,Kuala Krai),Kedah (Bandar Baharu) dan Perak (Larut dan Matang,Kuala Kangsar serta Perak Tengah).
Sementara itu negeri-negeri lain di semenanjung masih merekodkan suhu bawah 35 darjah Celcius.
Perkembangan keadaan cuaca semasa boleh diperoleh menerusi laman web MetMalaysia.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.