PROTON lancar Kempen Servis Ihsan MADANI, tawar pakej servis mampu milik dan pemeriksaan percuma
2025-09-11
HaiPress
Foto Facebook KPDN
SUBANG JAYA,11 September – PROTON hari ini melancarkan Kempen Servis Ihsan MADANI,inisiatif yang menawarkan pakej servis mampu milik dan pemeriksaan keselamatan percuma kepada pemilik kenderaan.
Kempen yang berlangsung dari 11 September hingga 11 November 2025 ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah program Malaysia MADANI.
Menerusi kempen ini,pemilik model Proton PIES,Persona,Iriz,Exora dan Saga boleh menikmati pakej ditawarkan.
Tawaran ini menjimatkan sehingga 30% berbanding harga biasa,kata Proton dalam satu kenyataan.
Pelanggan juga akan menerima pemeriksaan keselamatan 40 poin secara percuma yang meliputi semakan komponen penting seperti brek,bateri dan pengelap cermin.
Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON,Ainol Azmil Abu Bakar,berkata kempen ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memudahkan pemilikan kenderaan serta memastikan aspek keselamatan jalan raya diberi keutamaan.
Sementara itu,Pengarah Selepas Jualan Proton Edar,Wan Hazran Wan Mustafa,menegaskan tawaran ini lebih kompetitif berbanding bengkel luar,selain memberikan nilai tambah dengan pemeriksaan percuma.
Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara.