Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
2026-08-24
HaiPress

Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Dr Johari Abdul bergambar bersama para pelatih Wira Muda PLKN 3.0 Siri 3/2026 diKem Rejimen 504 Askar Wataniah,Bukit Keteri – Foto RTM
BESERI,24 Ogos – Impian besar,keberanian dan ilmu pengetahuan merupakan tiga elemen penting perlu disematkan dalam jiwa setiap pelatih Wira Muda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita tidak mahu melahirkan individu yang hanya menjadi hamba (mengikut),sebaliknya mereka perlu berani memimpin,berkeyakinan dan percaya kepada kemampuan diri sendiri.
Dengan adanya sifat serta jiwa kepimpinan itu,barulah kita mampu mencapai kejayaan dan melakukan sesuatu yang lebih besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara PLKN Siri 3/2026 di Padang Kawad Kem Rejimen 504 Askar Wataniah (AW),Bukit Keteri.

An’nur Najiha Muhammad menerima Anugerah Wira Muda Ulung selaku pelatih terbaik – Foto RTM
Sementara itu,An’nur Najiha Muhammad,18,dinobatkan sebagai pelatih terbaik sekali gus menerima Anugerah Wira Muda Ulung.
“(Sepanjang mengikuti program ini).. para peserta bukan sahaja dapat meningkatkan ketabahan diri,malah membina kekuatan mental dan fizikal.
“Didikan serta bimbingan jurulatih turut membantu membentuk perubahan positif dalam diri peserta,khususnya dari segi disiplin.
Perubahan itu jelas dapat dilihat berbanding ketika mula menyertai program berkenaan,apabila kini kami semakin berdisiplin dan lebih yakin terhadap diri sendiri,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.
Seramai 106 pelatih wanita mengikuti PLKN 3.0 Siri 3/2026 di Kem Rejimen 504 AW selama 45 hari,bermula 11 Julai lepas.
